THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 9, 2011

Salam Sejahtera Malaysian

Selamat Malam.

Dimulakan dengan picture tuan empunya blog - cik ozone :)

Aku paling suka dengan picture kat bawah ni.

Ala-ala cartoon gitu.

Cayelah camera along

Cakkkk!!!!

Dimana ?

Alah, kat Jusco, Bandar Perda..

Menikmati ice cream Ronald McDonald

Tak sabar nak tunggu 14hb July - Harry Potter..:)

Wednesday, June 8, 2011

080611

watchaaaa!!!
Yeszzaaaaa!

Zassssss!

Olalallalla

:)

Tahniah untuk sepupuku, Selamat bertunang :)

Susah payah aku cari color turqoise

finally jumpa jugak kain color tu.

Tuesday, June 7, 2011

Whoaaaa, June 2011

Salam satu M.A.L.A.Y.S.I.A

Aku kembali lagi....

ozone in d house....

Me & my sis @ Auto World
Let's Pizza..

Me & my sis (black & white)
psstt.. terasa kulit begitu putih berseri.. :)

me, along & adik

geng bas sekolah

geng suka berposing..

aku & along

On my B'day 15052011

my Bday cake

Cukup untuk kami berlima :)

zappp, habis dimakan

Thanks to semua yang kasik hadiah

Next year, jangan lupa - same date & hadiah yea

Saturday, April 9, 2011

Lara - Satu

"Haaaaachu!" mengigil Lara di dalam kesejukan malam dan hujan yang mencurah-curah itu. Apalah nasib badan. Seandainya ibunya masih hidup, pasti nya Lara akan dimanja sepertimana kanak kanak lain. Seandainya papanya masih ada tentunya Lara tak akan jadi macam ini. Kenapa Mak Jam sentiasa memperlakukan perkara yang sekejam ini kepada anak kecil yang sangat tagihkan kasih sayang dari insan yang amat dia sayang. Kenapakah dunia ini sangat kejam. Dimanakah keadilan? Dimanakah kebaikan?


Dalam keadaan basah kuyup, Pak Nil, tukang kebun rumah agam tiga tingkat milik arwah datuk Lara membawa selimut lusuh berwarna kelabu tua lalu diselimutkan tubuh kecil Lara dan dibawanya ke bangsal kuda yang terletak berhadapan dengan sebatang pokok Ru yang berusia lebih 100 tahun.


Keadaan di dalam bangsal kuda itu sangat daif. Didalamnya penuh dengan jerami kering yang menutupi lantai bangsal yang dipenuhi tanah merah. Dengan hanya berbekalkan pelita minyak tanah yang menerangi kegelapan di dalam bangsal itu. Kelihatan wajah tua pak Nil yang pada anggaran Lara pastinya telah berusia lebih 80 tahun. Wajahnya yang berkedut dan cekung itu menjadi saksi bahawa banyak pengalaman hidup suka dan duka yang telah dilalui olehnya. Walaupun Pak nil hanya tukang kebun di Teratak Amiliana namun beliau telah berhidmat kepada keluarga itu sejak beliau masih muda remaja lagi. Pak Nil merupakan tukang kebun yang merangkap pemandu peribadi kepada datuk Lara, Orang Kaya Besar Syed Azwan Syed Ali. Orang kaya terbilang di situ. Pada usia mudanya. pak Nil sangat digilai oleh gadis-gadis kampung kerana wajahnya yang kacak dan mempunyai tubuh yang tegap dan sasa. Walaupun zaman mudanya telah lama berlalu, namun pak Nil bersyukur telah dikahwinkan oleh majikanya, datuk Lara dengan gadis pilihan hatinya iaitu Mariam, isteri kesayangan dan yang amat dicintai oleh pak Nil. Apabila hujan telah reda, pak Nil membawa Lara ke dapur yang terletak di belakang rumah agam tiga tingkat itu. Rumah agam itu mempunyai dapur yang jauh kebelakang rumah tersebut. disebelah kiri rumah itu terdapat sebuah bangsal kuda yang telah lama terbiar. Datuk Lara dahulunya seorang penunggang kuda yang sangat terpengaruh dan disegani. Hampir dalam setiap perlumbaan akan dijuarai olehnya. Di dalam rak di ruang tamu rumah agam tersebut terdapat berpuluh puluh piala kejuaraan milik datuknya.


"Lara, mari mak Yam tukarkan pakaian kamu yang basah itu. Nah ambil tuala ini dan pergi mandi. Takut terkena selsema pula nanti." tegur mak Yam kepada Lara sambil dihulurkan tuala bersih kepada cucu majikan kesayangannya itu. Dalam keadaan mengigil Lara pengambil tuala itu lalu terketar-ketar menuju ke bilik mandi.


"Kasihan budak ni. Apalah salah dia pula kali ni?" bebel mak Yam kepada Pak Nil yang baru masuk melalui pintu dapur. Tanpa menunggu jawapan dari pak Nil yang juga mengigil kesejukan mak Yam bersuara lagi. "Kenapalah mak ciknya si Lara tak boleh menjadi ibu kepada Lara? Susah sangatkah?" marah mak Yam kepada isteri majikannyya itu. "Sudah-sudahlah kamu ni, karang didengarnya Jamaliah tak ke susah kita nanti." tegur pak Nil dengan nada yang tegas. Walaupun pak Nil tahu ada betulnya kata mak Yam tu tapi apa yang dapat dia lakukan kerana orang yang diumpatkan isterinya itu adalah majikannya. Jika mereka diberhentikan kerja kemana mereka berdua nak tuju. Di Teratak Amiliana la rumah mereka sejak dulu. Dalam usia yang tua begini pastinya tiada siapa yang akan mengambil mereka bekerja lagi.